Penerbitan Menyantun Kasih

"Menyantun Kasih" ialah kolaborasi sulung Siti Nordiana dan M. Nasir.[3] Ditanya mengenai gaya dan alunan muzik lagu ini, beliau berkata:

"Pertama kali Nana dengar demo lagu ini, Nana terus jatuh cinta. Susunan muzik lagu ini menggunakan elemen etnik Sunda yang lain daripada lagu-lagu Nana sebelum ini. Ia membuatkan satu pembaharuan untuk Nana. Liriknya menceritakan tentang kesetiaan seseorang yang bertahan demi cinta. Walaupun ditinggalkan, dia masih rasa sayang kepada kekasihnya. Banyak juga cabaran dan pengalaman sewaktu merakam lagu ini. Dato’ M. Nasir sendiri yang bimbing Nana dari segi penghayatan dan lontaran. Keon pula menerangkan erti lirik itu, agar Nana faham apa yang Keon ingin sampaikan. Ia merupakan satu pengalaman yang Nana tak dapat lupakan,".

Nana juga berkata, beliau mengambil masa lima tahun sejak 2017 untuk mendapatkan khidmat Nasir untuk memberikan lagu ciptaannya.[4][5][6] Menurutnya, beliau perlu melalui empat kali proses rakaman antara April hingga Julai 2022 sebelum Nasir berpuas hati dengan hasilnya.[2]